kisah hidupku mika

-kisah hidupku-♥ Hati saya macam aiskrim, senyuman awak macam matahari. Bila awak senyum, hati saya cair ♥

♥♥bLoG cikk mikA eLLmiOka...u foLLow mE,i foLLoW u bAck..iNdAhkAn harimU deNGaN sENyUmAN...=)♥♥

Sunday 24 June 2012

♥♥ Usah Dikenang Cinta Yang Lalu ♥♥





Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..
~eyka_eLLmioka~

apa itu kasih ,sayang DAN cinta



Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

  • Kasih..


Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

  • Sayang..


Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

  • Cinta..


Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.


eyka_ellmioka

Friday 15 June 2012

oh! tidak !!

ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA SEBENTAR~TIK TOK~


hari ini aku nak cerita sikit pasal ada org suruh aku kuruskan badan lah wey!! haha...aduhh..lawak jee...ade ke patut ada owg nie pergi tag nye pic kat FB aku...pic tuh suruh aku kuruskan badan...agak2 lah..aku dah lah kurus kering..and nak aku kurus ape lgi..nak suruh aku kurus mcm LIDI kut..ataupun mcm PAPAN...hahaa...aduiii lain kali nak tag pic tu tgk lah owgnye mcm mne dulu...jgn lah pakai main tag je pic..huhu...aku bukannye ape..aku cuma malas nak layan aje ...

Thursday 14 June 2012

demam oh demam :(

ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA SEBENTAR~TIK TOK~

Hmm aritu aku dengan family bersiar2 ke cameron highlands...mmg syokk arrr..tpi jalan nak pergi ke situ huh...bengkang bengkok...pening aku dibuatnye...waktu nak pergi tu aku boleh tahan lgi pening tu..tpi time nak balik..fulamak aku pejam je mata aku ni..pening gila2..kejap kanan kejap kiri...aduhh...balik2 je rumah trus pengsan..haha..esoknye bdan aku naik panas...aku da mula nk rse demam...aku tak sihat sampai lbih seminggu...pening aku nie tak hilang2...nak makan ubat?? haha tahu2 lah aku nie jenis yg tak suke mkn ubat...tak lalu aku nak makannye...pahit gila2..werkkss.. :p .. aku kalau pening mmg tak larat nak berdiri lama2 sangat...nanti mula lah rse nak loya pun ada..hoho!! aduyainye pun..nie semua gara2 pergi cameron lah...haha...tpi alhamdulilah sekarang demam aku dah baek cket..pening pun da hilang...horre!!tak suke demam!! tak suke sakit !!! ELAKKAN!!! :D

Saturday 2 June 2012

PETUA_untuk_MELUPAKAN_seseorang

ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA SEBENTAR~TIK TOK~

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. mmg melupakan seseorang amat payah..aku sendiri pun nak lupekan org yg tersyg mmg susah skali..kite akan igt smpai bila2... Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.

Bagaimana cara-cara untuk melupakannya?

  • Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah -
Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.
  • Elakkan Diri Daripada Bersendirian -
Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.
  • Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai -
Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.
  • Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan -
Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda. Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

    _eiqa_eLLmioka_

    Friday 1 June 2012

    SeLamat dtg buLan JUN ~ :))

    ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA SEBENTAR~TIKTOK~

    horre !! pejam celik pejam celik sudah msuk bulan jun rupenye...selamat tinggal bulan may....!! rindu bulan may...haha..bykk kisah yg berlaku pada bulan2 yg lepas...pahit n manis..hmm mmg byk sgt kisah sedih aku pada bulan yg lalu...wlaupun perkare sedih tu da lepas tpi aku msih mengigati nye...oppss skrg kan da msuk bulan bru,so aku hrus melupakannye...BULAN JUN,ttup buku lme n bka bku baru..jyeahh!!ape yg penting skrg aku hrus berubah mnjadi yg lebih baek dri dulu...hidup harus CERIA selalu..hee..END. :D

    Thursday 31 May 2012

    tips & cara untuk menjatuhkan ego lelaki


    ~ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA~SEBENTAR~TIKTOK~

    lelaki??ego lelaki mmg tinggi..stinggi langit..susah nk berhadapan dgn lelaki yg mmpunyai ego tinggi..lelaki suke pntingkan diri sendiri..lelaki sukar tuk menerima sesuatu kekalahan atau mengaku kesilapan mereka..apa yg dorang nak ialah dorang mesti sentiasa menang dan betoii dlm semua hal..hah ini cara tuk menjatuhkan ego lelaki :-


    1.BERSABAR
    Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


    2. FAHAMI DIA
    Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama!


    3.HORMATI DIA
    Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.

    4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
    Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


    5. HARGAI DIA
    Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia ..Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


     6.SAYANGI DIA
    Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


    7. JANGAN MEMALUKAN DIA
    Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi. Siapa tahu, ego lelaki mampu bertindak lebih daripada  segalanya!

    Saturday 5 May 2012

    ♥♥ciNtA ibArat mEnuNGgu SebuAh bAS♥♥

               ASSALAMUALAIKUM~Si GadiS inGiN bErbicArA SebEntAr~tik tOk~


    Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak. Eee, penuhnya! tak ada tempat duduk. Jadi, awak katakan pada diri awak, Saya akan tunggu bas yang lain. Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, Eee! bas ni buruk sangat. mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

    Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, Emmm, tak ada air-cond. cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.

    Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa, awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

    Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati bas itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

    Tapi, saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

    Hahahaha! Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

    Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu, semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!




    _eiqa ellmioka_

     

    Friday 4 May 2012

    9 sebab perhubungan tak kekal

    ASSALAMUALAIKUM~Si GadiS inGin berbicArA SebEntaR~tik tOk`
    1. MenipuMenipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

    2. Harapan / Kebebasan
    Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.


    3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
    Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


    4. Mengungkit Hal Yang Lalu
    Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


    5. Berbeza Pendapat
    Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.


    6. Status Yang Tinggi
    Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.


    7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
    Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.


    8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
    Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.


    9. Kawan-kawan dan Keluarga
    Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

    Tuesday 1 May 2012

    kawan mkn kawan...

    ASSALAMUALAIKUM~Si GadiS inGin bErbicAra sebEntAr~tik tOk~
    zaman skrang ni kawan mmg sukar tuk dipercyai...ssah nk cri kawan yg ade ketika ktika ssah dan snang...kalau ade pon hnye stu yg betoi2..kalau kawan biase=tikam blkang,..kalau kawan baek=tikam dpan-maksudnye mcm terang2 terangan dia khianati kite...hmm kawan yg betoi2 jee yg tak prnah khianati kite...semua org msty ada kawan yg mcm tu  kan??kalau tak da arr mknenye korang xnmpak lah n dia mnyelit jee...hati2 ketika mmilih kawan...tmbah2 lagi kawan yg dpan berpura2 baek..padahal kat blakang kite bruk2 kan kite pulak...hmm hnye tuhan je yg tahu...hmm aku ada kawan yg mcm tu...aku mmg da anggap dia kawan baek aku..tpi dia buat aku mcm ni pulak...btoii ckp sume owg...kalau kawan baek mmg khianati kite scara jelas...aku pon tak fham lah dgn kwan aku ni..ape yg dia tak puas hati dgn aku pun aku tak tahu...tak boleh kea kau nmpak aku happy cket hah??kenapa kau nk rebut kebahagiaan aku...pantang nmpak aku rpat nan someone mula la kau nak rmpas..sampai2kan pershabatan aku dgn dia da tak ngam lgi disebabkan kau...shingga mnimbulkan slah fham..aku terasa choyy!!aku bkn nak buat fitnah tapi ini smua da knyataan!!dulu mmg aku tak bpe nmpak prangai kau sbenarnye!!hhoho tpi skrg kau da tnjuk belang yeah!!hati aku saket bhaii!!.aku da lme sbar nan kau..aku sbenarnye mlas nak gduh dgn kau n aku mmg dri dulu ag tak suke nak gaduh dgn sesiapa..aku tak kesah kalau kau nk amek smua kwan aku..tpi jgn lah smpai kau hncur kan pershabatan kami pulak...aku sedih tahu tak..oke aku redha je dgn perbuatan kau terhadap aku...aku sabar wlaupun hty aku ni saket..aku kecewa sgt2 dgn kau...okey tak pe lah..mungkin semua ni dugaan allah...biar je lahh allah yg mmblas perbuatan kau tuh...insaf2 lah...think positive lah kawan!!jgn jdi kebudak2kan..suka hati kau lah nak buat ape...aku cume tak nak kau maen2 kan prasaan org laen jee..kau tipu kawan aku..aku tak nak kau saketkan hti kwan aku...hmm..maafkan aku kalau aku ada buat salah kat kau..

    ya allah..kuatkan lah hati hambamu ini...berikanlah aku kesabaran ya allah..aku tak nak berdendam dgn sesiapa ya allah..aku tak nak bermusuh dgn sesiapa pon..aku nak berbaek dgn semua org..aku tak nak saketkan hati sesiapa ya allah..

    -eiqa ellmioka-

    Monday 30 April 2012

    pegi jom heboh!!!!horrey :D

    ASSALAMUALAIKUM-Si GadiS iNGin bErbicArA sEbEntaR-tik tOk-

    huh penat betuii pegi jom heboh aritu kat ipoh...da la rmai gila owg..sesak nafas..dgn bisingnye..sakit tlinga aku...haha...bru nga syok2 jlan kat situ tpi tiba2 lak ujan trun dgn selebatnye...arghhhhh...bsah bju aku..smpai rse nk dmam eh sbb kena ujan...ahh tak mau demam !!tak suke!!!aishhhh..rse mcm tak best jee jlan sbb ujan...huhu...tapi yg aku sukenye dpt tngkap pic nan artis favourite aku iaitu shah iskandar ....yg berlakon atas nama cinta tu...aishhh geram nye tgk die...hee...aku sbenarnye tak da r mnat sgt..tpi sejak jmpe kat jom hboh aritu trus jdi mnat gilee...sbb dia tak sombong n suke buat lawak pulak...da la comey..hahaha...idzham ismail pon mnat...smart gitu..

    sakit hati ...

    ~ASSALAMUALAIKUM~Si GadiS inGiN bErbicArA sEbEntaR~tik tOk~


    Betapa sakitnye hati kite apabila perasaan kite dipermainkan oleh sseorang...senang2 je nk maen kan perasaan owg...hmm jgn buat sseorang tu jtuh cinta lah kalau dlam hati tu tak wujud pon perasaan suka kat si dia...ni tak...ckp suka la ape lah..lpas tu bila hti kite da buka tuk sygg n mula suka kat dia..dia boleh pulak tinggalkan kite mcm tu jee...senang2 dia jee hncur kan hty kite..oke terima jee...

    arghhh...suka hati kau lah nak wat ape pon..aku da mlas nk amek tahu da pasal kau lgi..sbb hati aku da hncur...n tak bleh nk cntum tuk kau lgi...aku da taknak tgk kau lgi..ckup la aku da tenang skunk..aku tak nak dipermainkan lgi..

    "jikaharus boleh memilih...aku lebih memilih tuk tidak pernah mengenal kamu..Daripada melupakanmu"

    walaupun hati hncur,aku ttap tersenyum...=) aku redha dgn dugaan allah..

    ::♥ Tolong jangan curi hati seseorang jika tak tahu nak jaga ,♥ Tolong jangan curi hati seseorang jika tak tahu nak hargai ,♥ Tolong jangan curi hati seseorang jika ingin melukai,♥ Tolong jangan curi hati seseorang jika ingin membuat diri seseorang merana.....

    mood::jangan jadi pencuri hati yang kejam yang boleh menyebabkan hidup seseorang sengsara. ♥♥---->><<-----♥♥

    ~mika eLLmioka~

    Wednesday 18 April 2012

    apa itu CINTA????

    ASSALAMUALAIKUM SEMUA-Si GadiS iNgiN bErbicArA sEbEntaR-tik tok-

    Apa itu Cinta...???

    "Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"
    Itulah dinamakan CINTA..
    Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
    Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
    Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

    [ cinta datang tiba2 tanpa peduli siapa dan dari mana asalnye....cinta tak pernah memilih walau berkeping2 pedih tetap tersenyum tanpa aroma sedih...karna cinta yg sebenarnye menerima apa adanye sebab dan syarat tiada dalam cinta ]

    -MIKA ELLMIOKA-

    cemburu??

           - ASSALAMUALAIKUM-si GADIS ingin bErBicArA sebENtAr-tik tok-

    perLu ke wujud perasaan cemburu di dalam hati??hmm mmg cemburu tu da jadi kebiasaan owg rmai...tpi cemburu terlebih jugak boleh merosakkaN hbungan sseorang...susah jugak kalau hati ni cemburu kan seseorang...walaupun tak da ape2 hbungan pon bole cemburu...pelik tapi benar..tapi kdg2 cemburu itu tanda kasih syg kepada seseorang..hmm mcm aku ke?? aduhai...aku cemburu?? oh tidak.. kenapalah dgn kau hati??kenapa kau perlu cemburu kan si dia??dia bkn sape2 pon bgi kau...and kau bkn sape2 bgi dye...dia kwan kau lah..think positive lah!! wahai hati...tlg lah elakkan perasaan cmburu tuh...aku tak nak kecewa lagi...aku nak kau lupekan dia jugak!! biarkan je lah dia nk wat ape pon..itu bkn hak kau lahh...huh...ya allah!!kuatkan lah hati hamba mu ini dlm mnjalani kehidupan sehariaN...berikanlah aku kesabaran ya allah...                                  


    <3 Eiqa eLLmiOka <3

    Wednesday 11 April 2012

    jikA Aku jatUh hAti =)

    <3 ASSALAMUALAIKUM SEMUA-Si GaDiS iNgiN bErbicArA sEbENtaR-tik tok <3


    ya ALLAH..jika aku jatuh cinta...cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padamu.....Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu....
    ya MUHAIMIN...jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg tertaut padamu agar tdk terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

    ya RABBANA...jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tdak berpaling dripada hatimu...

    ya RABBUL IZZATI...jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid dijalanmu....

    ya ALLAH..jika aku menikmati cinta kekasihmu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnye bermunajat di sepertiga malam terakhirmu...

    ya ALLAH..jika aku jatuh hati kepada kekasihmu...jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpadamu...

    ya ALLAH...jika kau halalkan aku merindui kekasihmu...jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu...

    AMIN YA RABBAL ALAMIN...


    -MIKA ELLMIOKA-


    Tuesday 10 April 2012

    senyumlah jika hati sedang sedih!!! :D

    tErsENyUmLaH wAhAi hAti yG bErsEdiH....

    saat kite menempuhi onak duri dunia...derita sekali sekala mencuit haty...hati remuk menangis tidak henti......kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati....ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi...dalam terharu....air mata tertumpah juga..

    wahai hamba iLahi....begitulah kehidupan di dunia.....


    Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
    Apa yang Allah aturkan buat kita.....Adakala kita tersangat gembira.....Adakala kita tersangat kecewa......Aturan-Nya bukan pilihan kita,

    Namun,
    Jangan risau manusia......Allah itu tuhan kita
    Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

    Percayalah,
    Dia tidak akan menduga hamba-Nya....Kecuali untuk melihat hamba-Nya.....tersenyum di sana....tertawa di sana.....berbahagia di sana...inNsyAaLLah Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa....
    Oh indahnya !


    Di daLam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak aLlah s.w.t..

    wahai hamba aLLah....

    jgn bersedih kerana anda tlah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama skali tdk mmberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinye..

    kesedihan demi kesedihan....bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yg luas dirasekan sempit dan tdk lgi berguna...

    padahal dunia inilah kesempatan utk dkatkan diri kpd allah utk kita raih syurganye yg tersnggat indah serta bebas drpd rase kesedihan...

    GARA2 KESEDIHAN....air yg manis akn terase phit....mkanan yg lazat terase hambar.....bunga mawar yg mekar mewangi kembali layu....igtlah tangisan terindah itu,,apabila butir2 air mata...mengalir hangat di pipi...lantaran terasa diri kite bgitu kerdil disisi allah..dan begitu berdosanye diri kite disisi allah..

    wahai hamba allah

    lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu....sepanjang hidup dan usiamu jgn mudah brputus asa...senyuman yg kau berikan dan airmata yg kau titiskan simpan jdikan tauladan...segala yg kau pandang dan dgr simpan buat pendoman :D

    you don't know everything but aLLah knows everything...

    don't be sad..aLLah always with you



    =mika eLLmiOka=

    LovE ...??????

    cinta dpt mengubah pahit menjadi manis,,debu beralih emas,,keruh mnjadi bening,,saket mnjadi sembuh,,penjara mnjadi telaga,,derita mnjadi nikmat,,n kemarahan mnjadi rahmat....


    jikalau kite hendakkn seseorang itu,,kite haruslah berusaha kerana seseorang itu atau cinta tidak akn dtg dengan sendirynye jika tdk dicari........

    seseorang itu kadang kala membawa bahagia kadang kala membawa derita,,jadi kite perlu berhati2 dlam mencary pasangan.............

    percayalah pada cinta pandang pertama kerana ia akan mmbawa bhagia hingga ke akhir hayat.........

    LOVE

    do what makes you happy......be with who makes you smiLE......laugh as much as you breath.....LOVE as long as you livE......


    =mikA eLLmiOka=

    Monday 9 April 2012

    TENTANG CINTA :D

       <3 ASSALAMUALAIKUM-Si GAdiS iNgiN bErbicArA sEbENtaR-tik tOk- <3


    Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?, ketika kita menangis?, dan ketika kita membayangkan??

    Itu karena hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT...

    Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan
    kita. Kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.

    Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan BUKAN akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.

    Kebahagiaan ada untuk owg yang menangis, owg yang tersakiti, owg yang telah mencari dan owg yang telah mencuba...

    Karena MEREKALAH yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

    CINTA yang AGUNG adalah ketika kita menitiskan air mata dan MASeH peduli terhadapnya,

    Adalah ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia,

    Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata "Aku turut berbahagia untukmu"

    Apabila cinta tak berhasil BEBASKANLAH dirimu, biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI.

    Ingatlah, bahwa kita mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. tapi ketika cinta itu mati, kita TIDAK perlu mati bersamanya.



    -mika eLLmiOka-

    ..wahAi sAhAbatkU..

    wahai sahabatku...aku btoii2 merindui kau..aku pon tak fhm dgn perasaanku yg sebenarnye terhadap kau...dulu kite baek2 je..tpi kenape skunk kau da brubah perasaan terhadapku...kau da tak nak tegur aku seperti dulu..kau btoi2 da lupekn aku an??kau da benci kan aku??ape slah aku kat kau??sampaikan kau mcm tak hirau je kat aku..kau da laen skunk..kau tak mcm dulu da..


    kalu ye pon kau xsuke jdi kwan aku..kau jjur je la..jgn maen an perasaan owg..aku ttp sbar wlaupun kau wt aku mcm ni...sbb kau adelah shabat yg pling aku sayangi..


    aku ttp senyum n ketawa didpan smua owg wlaupun perasaan aku dibelengu kesedihan...aku nak kau tahu bhawa aku tak nak khilangan shabat sepertimu..sbb aku nmpak hty kau baek..kalau kau benci aku skalipun tpi aku ttp takkan benci kau..


    aku tahu aku da wat kau kecewa sgt an dgn sikapku ini..aku tahu aku tak sempurna mcm kwan2 yg laen..tlg maafkan aku jika aku ade wat slah kat kau..aku sAyang sgt kan kau kwan..aku doakn kau happy always... jika aku da tak da disisi kau nty,kau jgn lupekan aku ya.......:D




    -mika eLLmiOka-

    iNdAhNyE pErsAhabAtAN :D

    -ASSALAMUALIKUM SEMUA-Si GadiS iNgiN bErbicArA sEbENtaR-tik tok-


    tak pernah kutahu siapa kau sebelumnya..tapi tuhan mempertemukan kita dgn cara yg sungguh sederhana..memulai cerita kita dgn aku.kamu dan kita..kau ada ketika ku terjatuh dan terdampar diasingnye dunia..kau hadir untuk mengusap air mata dan kesedihan di hariku...bahkan ketika ku xsanggup lgi berlari kau pelukku dgn sayapmu...saat aku melukai pershabatan ini dgn egoku ternyata kamu masih boleh tersenyum :) ...dan ku pon semakin menyedari ternyata tak sanggup ku kehilanganmu..aku ingin terus bersmamu mendekap indahnye kerbersamaan..aku ingin terus berjalan berdampingan dgnmu..merangkai cerita dgn senyum dan tawa kita..mengerti setiap kekurangan dan menjadikannya sbuah klebihan..seperti indah mawar yg mengharumkan pagiku..kan kusimpan cerita ini mnjadi catatan terindah dihidupku..semoga pershabatan ini untuk hari ini,esok dan selamanye...

    riNdU zAmAN ckOLAh :(

    hmm rse rndu jew nk lik ke zaman persekolahan..skunk da abes..huhu..masehegt ag time tu..bila cikgu yg ktew xsuke xdtg pnye la happysmacam..haha..waktu cklah luw aq n mmber prnah gak ponteng klas cbb tkut keja cklah xsiap..kalu xsiap abes r kne dnda..adehhh..bila dgr bnyi loceng lik je lju nk lik cgt...pastu pernah gak tetido dlm kelas...nsb bek ckgu mse tuh sporting jew..kalu tidak abes r..haha..di sekolah lme aq mcm2 aq masuk pertndingan..msuk kawad kaki la,tarian la...suka suki jew nk msuk..nk ckp minat xda r cgt..wak2 form 4 aq tuka ke sekolah bwu..pade mlenye aq xbpe suke cgt la cbb kne tnggal an member yg len..da lme cket prasaan xsuke brubah mnjadi happy lak..sekolah bwu tu mmg cntikk..sumenye bwu2..tapi xsampai sbulan abes brg2 sekolah jdi jhanam..biase lah bdak2 pnye angkara la katekn..hmm dulu xsabar2 nk abes cklah la...bila da abes jadi rindu nk msuk lik..rindu dunia sekolah,zman knak2..huhu..semua brtuka mnjadi knangan belaka.. :D

    Monday 20 February 2012

    tentangku :)

    assalamualaikum ...nme NOR AFIQAH NIZAR..eiqa for short name..umo nk msuk 18 da..hee...hari jadi 21/12/1994..lme nk tnggu time besday aku..sume mmber da smbut luw..aku je yg lmbat..hee..aku lhir at HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BHARU..tpi aku stay at ipoh mali meyhh..mmg jauh ..tringinnye nk g JOHOR lik...tinggal disitu pon wak 2 kecik je..huhu...hmm aku nk cita ttg aku lak..aku ny seorang yg funny,pendiam,pmalu,n tpi aku ny bknnye combong yew..aku ckew cgt brkawan nan sume owgg...hmm nk taw pew lak yg aku plg xsuke???kalu xnk taw pduli apa..jjy aku enjoy..hee :D ..firstly,aku xckew owg yg bajet dry uh bgus cgt laa..xyah la nk mnunjuk2 or brlagak r di dpan owg..yg ke 2,aku xckew owg yg xreti jge prsaan kite...yg dye taw hnye prasaan dye je lbiy..kalu nk cakap uh biar r brlapis cket mlut uh..jgn dok sng ckap je...yg 3 , aku xckew owg yg penting an dry sendiry or ego la..yg 4 , aku xckew owg yg ckew pakse2 kite pew yg kite xnk..kalu owg da xnk,xyah r nk pakse2,,adehh..pening r..okey..my family lak..aku mempunyai ayah,mak n 3 orang kakak..aku jge mmpunyai seorang ank sdara yg amt comey la..nme dye ANNUR IZZ QAIREEN..