kisah hidupku mika

-kisah hidupku-♥ Hati saya macam aiskrim, senyuman awak macam matahari. Bila awak senyum, hati saya cair ♥

♥♥bLoG cikk mikA eLLmiOka...u foLLow mE,i foLLoW u bAck..iNdAhkAn harimU deNGaN sENyUmAN...=)♥♥

Saturday 2 June 2012

PETUA_untuk_MELUPAKAN_seseorang

ASSALAMUALAIKUM~SI GADIS INGIN BERBICARA SEBENTAR~TIK TOK~

Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. mmg melupakan seseorang amat payah..aku sendiri pun nak lupekan org yg tersyg mmg susah skali..kite akan igt smpai bila2... Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.

Bagaimana cara-cara untuk melupakannya?

  • Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah -
Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu.
  • Elakkan Diri Daripada Bersendirian -
Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri anda daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda, Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai.
  • Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai -
Ada sesetengah orang, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai.
  • Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan -
Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda. Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari.

    _eiqa_eLLmioka_

    No comments:

    Post a Comment